Sunday, May 17, 2009

~jangan tidur lagi~

ala,adik baby,nyenyaknya tidur. ku jelez wahai comeiku!!

malam ini,mataku x leh dilelapkan seperti malam2 yang lalu pdahal mata dan kakiku amat letih kesan drpd pergi ke hospital petang tadi. sedari balik,ku hanya dapat melelapkan mata sebentar, sejurus after maghrib. namun, dalam keadaan mengantuk itu, ku kuatkan diri untuk bangun dan membersihkan diri kerana tkotkan selsema babi..cikgu ku kata, di wad yg didudukinya, ade seorg perempuan cina yg menghidap selsema babi yg baru pg td dipindahkan dr wad itu. biarpon,pihak hospital telah membersihkan seluruh wad.namun,ku masih tkot. harap tiada apa2 memudharatkan yg ku bawa pulang ke rumahku. mata yg enggak mau tidur ini, ku jegilkan lagi untuk menonton tv..(harap jgn la rosak mata, asyk sgt ngadap lptop n tv)..siaran ulangan jangan tidur lagi menarik perhatianku..

mengapa? padahal itu hanyalah merupakan 1 rancangan hiburan yang biasa. namun, ada 2 perkara yg menarik perhatianku. pertama..ketika ada seorg artis ingin beramah mesra bersama peminat dengan bersalam-salaman,namun huluran tangannya tidak disambut oleh seorang gadis bertudung putih.tangan dihulur lagi, namun masih tidak disambut. hanya anggukan kepala dan seulas senyuman dihadiahkan kepada artis tersebut. mujur, artis tersebut memahami dan tidak melenting,terima kasih kepada artis tersebut kerana memahami pendirian wanita tersebut.
lalu, sengaja ku search pendapat2 mengenai hukum bersalam..



pendapat 1 : saudara haswadi mustaffa



Pendapat yang kuat mengatakan bersalam diantara lelaki dan perempuan adalah haram... ini hujah yang digunakan oleh imam as-syafie... imam syafie berpendapat apabila seseorang menyentuh perempuan dalam bab wuduk, maka wuduknya terbatal... oleh yang demikian, hukum bersentuh dengan perempuan dii'tibar haram dalam islam.. pendapat yang kedua menyatakan harus sekiranya ada qarinah... ini pendapat daripada imam abu hanifah... contohnya... seseorang menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan kita, keadaan dia ingin pergi ketempat yang jauh (bermusafir)... maka ia diharuskan bagi menjaga maruah si penghulur tangan tadi... akan tetapi ia tetap haram.. ini bersandarkan nas yang kuat dari quran... iaitu (au lamastumu nisaa') atau kamu menyentuh perempuan, ayat ini ikhtilaf diantara ulama' akan tetapi bagi saya bersentuh diantara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim adalah HARAM hukumnya..




pendapat 2 : saudara Hakim abdul Rahman



Pergaulan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi,sudah akil baligh adalah diharamkan.Bahkan memandang antara satu sama lain pun haram hukumnya,kecuali tidak sengaja dipandang.Oleh itu tentulah hukumnya haram dan berdosa jika lelaki dan perempuan berjabat tangan.Ini kerana dengan berjabat tangan bukan sahaja menimbulkan fitnah,tetapi secara tidak sedar saudari telah melakukan zina mata. Allah s.w.t melarang;"...janganlah menghampiri zina."Maksudnya jangan melakukan perkara-perkara yang boleh mendorong untuk melakukan zina kerana dosanya amat besar. Dengan berjabat tangan pasti mata akan memandang satu sama lain.Dari pandangan mata akan membawa keHati.Ini akan membawa kepada zina hati.Sedangkan hati merupakan raja didalam badan kita.kalau hati sudah tergoda dengan pandangan maksiat,dengan mudah kita akan terjerumus melakukan maksiat lebih besar lagi. Larangan berjabat tangan atau memegang tangan bukan sahaja kepada lelaki dan perempuan bukan mahram,tetapi juga kepada lelaki dan perempuan yang ada pertalian saudara(mahram)atau kaum sejenis sekiranya diantara mereka sudah wujud perasaan kasihsayang saperti pasangan kekasih. Sebenarnya untuk berkenal mesra tak payahlah berjabat tangan.Cukuplah dengan memperkenalkan diri dan nama.Itupun juga haram hukumnya,kecuali pertemuan yang ditemani mahram atas urusan rasmi. Adat pergaulan hendaklah dijaga sungguh2 supaya tidak timbul fitnah.Dosa-dosa yang dilakukan itu akan mengelapkan hati dan menghilangkan rasa kemanisan untuk beribadah.kerana itu kesucian hati hendaklah dijaga bersungguh2.kalau baju kotor mudah dicuci dengan pelbagai jenama serbuk pencuci,tetapi kalau hati kotor,amat sukar untuk membersihkannya.Ia memerlukan pengorbanan.



perkara kedua yg menarik perhatianku ialah disamping bersembang2, dalam rancangan itu juga diselitkan segmen berdasa Dr Fadzilah Kamsah. menarik biarpun sebentar. pada malam ini, Dr membawa isu marah.. antara kesan marah yg diperkatakan yg menarik perhatianku ialah rupa akan kelihatan hodoh. jrg sekali aku mendengar kesan marah dikaitkan dgn rupa paras.. biarpon sebentar,kupasan yang diberi oleh Dr memberangsangkan. Ketika ku search pendapat2 mengenai bersalaman, ku jumpa adab pergaulan menurut al-quran dan sunnah. Biarpon sudah kita tahu hukum itu, namun tidak salah bukan untuk menjengah buat kali ke2? maafkan ku, kerana tidak membuat rumusan hasil bacaan ku disini. NAMUN KU JEMPUT KALIAN KE :





0 comments: