Anda berasa letih dan sakit pada seluruh badan, terutamanya tengkuk, bahu, belakang, pinggul, tangan atau kaki. Ada beberapa bahagian pada badan anda yang dikenali sebagai “bahagian sakit” (lihat gambar) yang terasa sakit bila disentuh. Namun begitu, apabila anda menjalani ujian di klinik, tidak ada apa yang ditunjukkan.
Sebelum anda mula berfikir bahawa sakit itu hanya dalam otak anda, mungkin anda harus bertanya doktor sama ada anda menghidap fibromialgia.
Apakah Fibromialgia?
Fibromialgia (FM) ialah penyakit kesakitan kronik yang mana ciri-cirinya adalah lenguh otot di seluruh badan, sakit dan kekejangan, sakit tisu lembut, keletihan dan masalah tidur.
Mereka yang menghidap juga mungkin mempunyai simptom lain seperti sakit kepala, tangan dan kaki yang berdenyut-denyut atau kebas, sengungut dan masalah dengan pemikiran dan ingatan, yang kadang kala dikenali sebagai “fibro fog”.
Sakit dan keletihan kadangkala begitu teruk sehingga mengganggu kehidupan harian seperti bangun daripada tidur dan bekerja. Sakit ini bertambah teruk dalam cuaca sejuk/lembap, tidur yang tidak memulihkan, keletihan fizikal dan mental, aktiviti fizikal berlebihan, tiada aktiviti fizikal, kerisauan dan ketegangan.
Simptom lain termasuk usus dan pundi kencing yang rengsa, sindrom kaki resah (gangguan pergerakan kaki berkala), kulit sensitif dan ruam, mata dan mulut kering, kemurungan, bunyi di dalam telinga, pening, masalah penglihatan, Sindrom Raynaud, simptom neurologi, dan masalah koordinasi. Semua simptom ini akan datang dan pergi.
Sakit otot biasanya dirasakan apabila pesakit melalukan aktiviti ulangan. Oleh itu, ramai pesakit mengehadkan aktiviti mereka termasuk rutin senaman. Ini menjadikan mereka tidak sihat dan akan memburukkan lagi simptom fibromialgia.
Fibromialgia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, yang mana wanita pertengahan umur berada dalam golongan peratusan yang tertinggi. Lebih ramai wanita yang menghidap fibromialgia berbanding lelaki, dengan nisbah kira-kira 20:1.
Mereka dengan reumatoid artritis, spondilitis mengankilosis, lupus eritematosus sistemik (lupus) dan penyakit auto imun yang lain berkemungkinan tinggi akan menghidap fibromialgia.
Walaupun ramai pesakit fibromialgia merasakan sakit apabila mereka berehat, rasa sakit itu amat ketara apabila otot mereka digunakan. Ketidakselesaan ini mungkin amat teruk sekali sehingga mengehadkan kebolehan mereka melakukan kerja-kerja harian mereka.
Apakah penyebab Fibromialgia?
Fibromialgia tidak mempunyai sebab yang diketahui, walaupun saintis dapat mengaitkannya kepada perkara trauma seperti kemalangan kereta, kecederaan berulang dan penyakit. Hubungan genetik juga dikatakan faktor penyebab.
Penyelidik juga mendapati bahawa Fibromialgia berlaku disebabkan keluarbiasaan fisiologi dalam korda spina, kawasan talamus otak dan paksi HPA.
Pemprosesan deria luar biasa dalam sistem saraf pusat meningkatkan pengalaman sakit dalam orang yang menghidap fibromialgia, dan membuatkannya lebih teruk lagi.
Pengurusan Fibromialgia
Cabaran utama untuk pesakit ialah diagnosis yang tepat. Oleh sebab tidak terdapat ujian makmal yang dapat mendiagnosis fibromialgia, doktor perlu bergantung pada pemeriksaan klinikal yang terdiri daripada sejarah perubatan pesakit, keterangan simptom, pemeriksaan fizikal dan pemeriksaan bahagian yang sakit.
Menurut American College of Rheumatology (ACR), kriteria ini mesti meliputi sakit di keempat-empat kuadran badan untuk tempoh minimum tiga bulan dan rasa sakit di sekurang-kurangnya 11 daripada 18 bahagian sakit apabila terdapat tekanan ke atasnya.
Tidak ada ubat untuk fibromialgia, tetapi terdapat beberapa perkara yang dapat melegakan anda. Berikut adalah beberapa tip:
1) Dapatkan seorang doktor yang memahami anda
Apabila ujian darah dan x-ray menunjukkan bahawa tiada masalah, ramai doktor akan memberitahu anda bahawa anda mempunyai masalah psikologi. Dapatkan pendapat kedua atau ketiga sehingga anda berjumpa dengan doktor yang biasa dengan fibromialgia dan yang dapat memahami kesakitan anda.
2) Atasi rasa sakit
Perubatan tahan sakit seperti asetaminofen atau ibuprofen mungkin berkesan dalam mengawal kesakitan yang dialami. Antidepresan dan suntikan pada bahagian sakit mungkin juga dapat membantu. Program tetap yang meliputi senaman ringan dan regangan yang dapat mengekalkan otot dan mengurangkan sakit dan kekejangan juga disyorkan.
3) Dapatkan tidur yang mencukupi
Rejim tidur yang sihat – seperti waktu masuk tidur dan bangun yang sama setiap hari, memastikan bahawa persekitaran tidur adalah sesuai, pengelakan kafeina, gula, alkohol sebelum tidur – akan melegakan keletihan siang hari. Perubatan tidur hanya disyorkan dalam kes kronik apabila pesakit tidak dapat tidur disebabkan sindrom kaki resah atau penyakit penggerakan kaki berkala.
4) Sokongan sosial
Sokongan Psikologi dan emosional adalah penting untuk pesakit fibromialgia. Pesakit perlu kerap berkomunikasi dengan sahabat handai dan ahli keluarga atau menjalani kaunseling apabila mereka mula ingin memencilkan diri.
5) Terapi pelengkap
Terapi merehatkan minda dan badan dapat membantu. Cuba terapi fizikal, urut terapeutik, terapi air, aerobik ringan, acupressure, aplikasi panas atau sejuk, akupunktur, yoga, senaman merehatkan, teknik pernafasan, terapi kognitif atau perkhidmatan kiropraktik.
6) Pemakanan yang baik
Pastikan diet anda seimbang dan berunding dengan doktor sama ada pemakanan tambahan diperlukan. Pemakanan yang baik akan meningkatkan kesejahteraan dan membantu anda menguruskan simptom dengan lebih baik.
7) Ubah gaya hidup anda
Ketahui apa yang menambahkan kesakitan, seperti pergerakan ulangan tertentu dan elakkan diri daripada melakukannya atau lakukan pada kadar yang sesuai agar anda tidak menyakitkan diri anda. Anda mungkin perlu berfikir tentang bertukar pekerjaan atau mengurangkan kadar kerja anda sekiranya simptom agak serius.

-sumber : arthritis foundation malaysia-
p/s :recently rasa lenguh2 d tgn kiri,kekdg sakit..membuatku search di internet jika ada penyakit yg mempunyai simptom sebegini..ini yg kutemui..mungkinkah??mintak dijauhkan~~
semoga semua kite sihat walafiat..-smile-
0 comments:
Post a Comment