Saturday, January 2, 2010

:: edisi tahun baru ::


-credit to erma-


akhirnya, sampai jugak tahun yang bernombor cantik ini..2.0.1.0..namun tahun baru hanya disambut sambil melayan movie yang mencurah2 ke ladang gandum. ayak, bertambahlah power mataku nanti..adoi. 
tahun sudah bertambah baru bermakna umurku kini juga sudah bertambah. alamak, tp perangai aku stil macam seorang kanak-kanak rebina,padahal dah layak jadi mak kepada kanak-kanak yang minom rebina..haha (aish,aku mengarut lagi)..

SESI PENUTUP

mari kita buat sesi penutup bagi tahun 2009. setelah ditolak,ditambah,dibahagi dan didarab, hasilnyer ku dapati tahun 2009 banyak mengajar aku. tahun 2009 jugaklah lahirnya blogku ini walaupon sudah bertukar name.(sempena tahun baru..hihi ). 1 perkara yang ku fahami, diri kita adalah tanggungjawab kita sendiri.Sukar untuk dikupas di sini kerana bakalan mengaibkan. Namun yang pasti, semakin bertambah tahun,bererti bertambahlah umur kita, maka, sewajarnya pemikiran kita bertambah matang seiring dengan usia. Pemikiran yang matang x bermakna kita tidak boleh berpewatakan keanak-anakkan, asalkan kita dapat membezakan baik dan buruk dengan sejelas-jelasnya,membatasi nafsu dengan akal fikiran serta dapat menetapkan prioriti dalam hidup. mari berusaha bersama-sama. -T.A.M.A.T-

----------------------------------------------------------------------------------------

PERMULAAN TAHUN BARU



 -mau jadi srajin ini-

tahun baru ku mulakan dengan aktiviti menyalin nota. sungguh tidak ku sangka,rupanya sikap rajin belajar ku masih ada. setelah sekian lame memalaskann diri, ku harap tahun ini ku berjaya memotivasikan diri. Moga diri tidak dibelenggu dengan kemalasan.kalo orang lain berderet-deret azamnya, azamku hanya 1, mahu menaikkan pointer yang jatuh berguling-guling sem lepas...( muka insaf ). bari kita sama-sama berusaha..

MOGA SEGALA AZAM YG DIBUAT MENJADI KENYATAAN BUAT SEMUA



nota tangan : thanx to all yang banyak mewarnai tahun 2009 ku.

nota ikhlas : mari semua bersemangat baru. =)




2 comments:

AM SYA said...

hai~~

hepy new year!! ;)




^SyASyA^

.: Cik Lynot :. said...

hepi new year~~~=)