Monday, May 17, 2010

:: marah..ngerrrr ::


:: entry ini adalah entry bebelan,pada siapa yang x suka..sila beredar ::

Pada ketika dan waktu entry ini ditulis, cik lynot dengan muka x malu duduk bersila tepi pasu bunga bertentangan dengan kaunter tiket keretapi tanah melayu di KL sentral. Sesungguhnya setelah berhari-hari berfikir mau balek bercuti ke rumah bila,akhirnya cik lynot telah mendapat hidayah untuk pulang ke rumah ari ini, dan  telah berjaya mendapatkan tiket on the spot untuk pulang ke ipoh. [ full stop]

perjalanan di mulakan dari UKM dengan bantuan cik adik cdot tersayang yang terpaksa bangun pagi untuk mengantarkan cik lynot ke stesen KTM. (maceh cdot cyg..muuuahh)..



Ok, sekarang kite masuk episod yang menROSAKkan mood cik lynot. Semua almaklum koc tengah adalah LADIES COUCH. tiang-tiang di bahagian ladies couch diwarnakan merah jambu, begitu jugak kat bahagian koc tu ade dilekat sticker yang bertulis LADIES ONLY ALL THE TIMES. ( rasanya itu sudah memadai kerana semua orang mempunyai pancaindera yang dinamakan  mata,xkan nak cat koc tu ngan warna pink baru nampak kot ). 

dengan hati berbunga-bunga, cik lynot masuk la ke dalam koc tu Namun, jejak je kaki ke dalam koc tu, ku lihat ramai insan bernama LELAKI... 

'aik, aku salah masuk koc ke..bukan ke ladies koc ni???'

cik lynot pon pandang ke tingkap. ye, ku yakin ku x salah masuk koc... kalo cik lynot x salah, mean insan-insan pemimpin yang bernama lelaki ni la yang salah masuk. ok, 10% dari mood gembiraku dah dibakar oleh rasa marah.

kite masuk episod ke dua plak. time di stesen serdang, seorang makcik india masuk ke dalam koc dan menuju ke kerusi, namun sepantas kilat seorang lelaki yang gagah perkasa melintas makcik tu dan duduk dengan menayangkan muka x bersalahnye.. 

'HELLO BRO, ko dah la salah masuk koc,ko x hormat makcik tu plak.'

mau je ku tegur,namun bak kata orang, awak dh la perempuan,sorang2 dengan barang-barang yang banyak plak tu. so ku hanya berdiam diri sambil terbakar dalam ati.. sekarang lagi 30% dari rasa gembiraku telah terbakar.

episod ke3, masuk sepasang loving couple ni dengan muka x bersalah. terdengar yang perempuan berkata kepada bf nye.

'eh awak,ni ladies koc la'

'eh,ye ke?kita salah masuk erk'

'ala,xpela awak. malas nak keluar dah. awak malu ye..alala'

' xlah, duduk cni je la,lengang skit,kalo koc lain sesak jugak ngan orang.lagipun,xde orang berani nak marah kita.'

OK, ku bengang. Siot punya couple. wahai si gf, cuba ko pastikan bf ko tu betul ke lelaki? atau lelaki buatan je...juga untuk couple tu, kalo rasa xnak pisah,nak dok dalam tren rapat2, i nak tgk muka u sepanjang masa, i xnak nek koc len2,sila blah ke koc yang disediakan untuk awam!! 20% lagi mood ku terbakar!!


Sampai di bandar tasik selatan, masuk lagi seorang mamat ni n berdiri di belakang cik lynot. tangannye dok tersentuh badan aku. ok, sesungguhnya cik lynot mengerti, if time tren bergerak,mesti la bersiku2,tersentuh2..xdapat nak dielakkan. namun, apa yang membuat hati ini panas sebab CIK LYNOT NAIK KOC WANITA. SEPATUTNYA X DA ISU TERSENTUH2 DENGAN LELAKI, KALO TERSENTUH2 DENGAN PEREMPUAN ITU LOGIK

dengan terjadinye pelbagai episod ini, ku jadi betul2 marah, ku tegur lelaki itu supaya move ke hadapan sedikit. namun dia buat bodoh je. alang2 ko buat bodo ngan aku, so mulut ni ringan je nak cakap

'awak,awak salah masuk koc'

tp x sempat mulut ini mengeluarkan laser, tiba2 terdengan suara seorang lelaki ini dengan suara ala2 kedah nya..

PERHATIAN, BAGI SAPE2 YANG RASA DIA LELAKI, SILA MOVE KE KOC HADAPAN. KOC INI HANYA WANITA SAHAJA. SAYA ULANGI,SILA MOVE KE KOC HADAPAN.

Tapi biasalah,ade yang degil..kemudian ku dengar abang itu membebel 

' ak dah cakap elok2,korg wat dek noh.'

hampir semua lelaki dalam koc itu move ke koc depan,tp ade sorang mamat x paham bahasa  ni masih duduk buat muka x bersalah.maybe abang yang bertugas tadi terlepas pandang mamat xpaham bahasa tu.

aku jeling

mamat tu jeling balik

aku buat muka

dia sengih

aku jeling lagi

dia sengih

aku tunjuk sticker ladies only

dia buat muka macam orang buta huruf

aku pandang luar sambil dalam hati assume maybe dia perempuan muka lelaki kot..


sampai je ke stesen mid-valley, abang yang bertugas td tunggu depn pintu koc dan hanya benarkan ladie je masuk.. time tren nak bergerak,abang tu terpandang "perempuan muka lelaki tu'.. 

abang tu jeling

perempuan muka lelaki tu kecut

abang tu tunjuk jari ke koc depan

perempuan muka lelaki tu tros bangun dan pergi ke koc depan

aku????

aku gembira kerana perempuan muka lelaki semua telah move ke koc depan.




p/s : wahai lelaki, silalah hormati keistimewaan kami. jika tersalah masuk koc pon,kalo dah sedar tersilap masuk,keluar la balik,masuk koc lain. jangan la fikir senang diri je. ^.^

4 comments:

Unknown said...

marahnya~~ huhu~~

laut said...

menarik..hehehe=)..buat orang tersenyum bila membacanya..=)

.: Cik Lynot :. said...

cambesje : hihi..skrg dh x mrh..

kauakukite : ^.^

.: Cik Lynot :. said...

cambesje : hihi..skrg dh x mrh..

kauakukite : ^.^