Wednesday, March 25, 2009

~Alamak Kantoi~~

adoi~~
penin nye pale aku blek dari KG td..
huhu..
lawaknyer,
td aku kna soal tntg bidang2 dlm forensik..
aduss~~~
ni lemah ni..
dh r aku baru 1st year..
byk didedah pada kimia je compared to forensik...
nganga2 la aku jawab...kui3~~
nsib ade syahirah membantu...
aduh~~
kantoi dak forensik x arif bidang sendiri...
tp mane leh lawan,
yg bertanye kat aku tu pon ngh further study dlm bidang forensik..
kesimpulannyer,
aku kantoi~~~

~ Hotline: Dia yang terkandid~~

kui...kui...kui...
kemunculan ptama momot~~
jom tgk dia yg t'candid'
jgn marah ye momot~~



hehehehe~~

makan ubat penin...penin layan kerenah aku..hehehe

hehehe..ni namanyer candid yg mendapat izin...tp tuan punyer badan malu2

hadiah sebagai ucapan terima kasih dariku..hehehe...well,dak forensik la katekan..~DNA Fingerprinting~


pelbagai cara dilakukan...akhirnyer dia merelakan


dia sibuk mencari,aku yg sibuk m'candid'


jalan2 bukan pandang aku,mana x ilang sampai 3 kali


maen aci nyorok~~~


sarapan pagi....selera western...hehe



anyway,thanx so much momot..


~Sekilas Pandang~

MANA BARANG YANG 'FREE'?

Bila suami balik kerja, isterinya suruh ke pasaraya untuk membeli barang-barang dapur. Jadi pergilah si suami membeli semua barang-barang yang dipesan. Bila pulang ke rumah, isterinya mengambil beg-beg plastik dan membawa keluar semua barang untuk disimpan. Isteri terjumpalah satu tin marjerin. Di luar tin tu ada tulis ... FREE... Isteri tanya si suami, mana benda yang 'FREE' ini? Kenapa tak ambil? Suami katalah lupa hendak meminta benda itu tadi. Maka isterinya pun menyuruh suami pergi semula ke pasaraya tersebut untuk menebus benda 'FREE' itu. Suami pun pergilah membawa tin planta tadi jumpa jurujual untuk menebus benda 'FREE' yang tertulis. Bertengkarlah suami tadi dengan jurujual terbabit. Jurujual itu kata benda 'FREE' itu ada dalam tin. Suami kata mana boleh, dalam mesti tak ada punya.Dia terus meminta dari jurujual. Penyelia yang kebetulan lalu di situ dan terdengar pertengkaran mereka. Apabila ditanya, dia pula dimarahi oleh si suami tadi. Si suami berkenaan minta juga benda 'FREE' dari penyelia itu. Suami tadi tunjuk tin planta yang ada bertulis 'FREE' itu. Supervisor tadi belek kanan belek kiri tin planta tersebut. Dia membaca tulisan berbahasa Inggeris itu ..CHOLESTEROL FREE...!!!
PAK PANDIR BERJUMPA DOKTOR



Pada suatu hari, Pak Pandir telah berjumpa dengan seorang doktor psikologi untuk bertanyakan tentang suatu masalah pada dirinya.

Pak Pandir: Tuan doktor, semua orang kata otak saya lembab. Betulkah tuan doktor? Apakah tanda-tanda bahawa otak seseorang itu lembab?
Doktor: Saya akan bertanya satu soalan. Jika pakcik tak mampu menjawabnya otak pakcik memang betullah lembap.
Pak Pandir: Apakah soalannya tuan doktor?
Doktor: Kapten Hook dikatakan orang pertama yang belayar mengelilingi bumi. Malangnya dia cuma sempat belayar sebanyak 3 kali sebelum meninggal dunia. Pada pelayarannya yang keberapakah dia meninggal dunia?
Pak Pandir: Mmmm... Tukar soalan lain boleh doktor?
Doktor: ???







SURAT MAHASISWA KEPADA AYAHNYA





Seorang mahasiswa menulis surat kepada ayahnya yang berbunyi begini:
Ayah,


Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak RM1000 daripada ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.


Salam dari anakanda, Sarip.



P/s: Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.




Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas:



Kepada Sarip,

"Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima"

Dari Ayahmu.

PENJUAL TELUR BUAT PENING




Pada suatu hari di Pekan Rabu, seorang pembeli ingin membeli telur.
Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"

Pembeli: "Adik ni jual telur atau nak jalan-jalan? "

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang."

Tuesday, March 24, 2009

~Pabila Kerinduan Menyapa~







Dis 28 mei genap 2thn umi tersayang,


meninggalkan kami dua beradik yang kiut ni..

terdetik di hati,

untuk mengisi page ni dengan gambar2 kenangan arwah,

beberapa bulan sebelum meninggal..

luv u umi...i alwayz do.

~al-fatihah~


~Sekadar Coretan~

Semua orang pernah dilukai dan melukai..

tanpa sengaja ,tanpa niat,tanpa dirancang pastinyer..

puisi ini (kalo boleh dikatakan puisi)

aku buat semasa blakunyer sedikit krisis..

namun syukur semuanyer dah setel..(luv u all my frend,jgn simpan dlm ati erk kngan pahit yg tjadi ni)

puisi ni diupload hanya sebagai penyeri (penyeri atau penyemak...kompius...HEHE)

blog yg aku x tau perlu diisi dengan ape dan juga sebgai ingatan pada aku

agar lebih menghargai n menyayangi orang yang setia disamping

yg digelar TEMAN..


Mungkin akan tiba masanya,
Pabila sebuah psahabatan tak dihargai,
Pabila hbungan dicemari pkataan benci,
Pabila manusia mula menunding jari,
Kesalahan sendiri x diakui,
Menyalahkan yang lain tanpa diteliti.

Wahai teman,
Senangnya kau menutur benci,
Tanpa kenangi kebaikan dirinya,
Hanya keburukan terlayar di mindamu,
Bagai tiada harga dirinya bagimu,
Jika dahulu diri ini dicari,
Akan tetapi skrg,
Diri ini x sanggup utk kau tatapi lg,
Mungkin benar kata pepatah,
Habis madu sepah dibuang.

Sedarilah temanku,

Jgn kau ptikaikan,
Berapa lama yg kau perlukan utk miliki teman yg kau harapkan,
Tetapi fikirkanlah,
Adakah kau mghargai teman yg sedia ada disisimu,
Seperti mana kau harapkan dirimu dihargai.

Teman,

Jln benci kau bukakan padaku,
Mungkin ini pengakhirannya,
Kerana bagiku,
Benci yang kau tuturkan,
Membawa simbolik berakhirnya ikatan pshabatan.

Akhir coretan dariku,

Maafkan kesalahanku,
Moga kau bahagia dgn jalan pilihanmu,
Mungkin bukan aku yang ditakdirkan utk mjd temanmu..


Renungkan bersama~~~

~Suatu Permulaan~~

Salam ...
Ucapan yang paling afdal bagi memulakan bicara..
Sebenarnya ku tertanya...
Mengapa wujudnya blog ini..
Mungkin...
Mungkin kerana pengaruh rakan-rakan..
Namun,
Mungkin jua satu cara...
Untuk meluahkan apa yang terbuku di ati..
Kerana..
Manusia tidak mungkin memahami..
Sepenuhnya..
Apa yang dirasai
Jauh di dasar ati ini~~~